t-profil1

Restoran BP Bariani Power Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan, kehendak dan jangkaan pelanggan melalui Kualiti Pengurusan, Kitaran Kawalan Kualiti dan Kepuasan Pelanggan. Selain itu, Restoran BP Bariani Power Sdn Bhd bekerjasama dengan perkhidmatan lain yang berhubung secara langsung dengan Badan Kerajaan sebagai syarikat korporat yang sedang membangun. Kini, Restoran BP Bariani Power Sdn Bhd tertumpu kepada dua pasaran utama iaitu katering / perkhidmatan makanan dan restoran.

 

 

Restoran BP Bariani Power Sdn Bhd sentiasa mengemaskini dalam pembangunan industri makanan dan minuman. Kami mempunyai lebih daripada 15 orang tenaga mahir yang terlatih dalam bidang teknikal dan perniagaan; merangkumi perkhidmatan makanan dan teknologi, pemasaran, pembangunan perniagaan, kewangan dan lain-lain. Selain itu, dengan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki, perkhidmatan terbaik dapat disediakan kepada para pelanggan.

 

 

Skop perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi keperluan pengurusan dan pengoperasian perkhidmatan makanan atau katering. Aktiviti ini termasuk penyediaan makanan dan bahan-bahan penyediaan makanan tersebut, tenaga kerja, uniform, masakan dan pramusaji. Restoran BP Bariani Power Sdn Bhd menitikberatkan kesihatan dan keselamatan makanan berpandukan Akta Makanan 1983 dan Kod Amali Pengendali Makanan. Restoran BP Bariani Power Sdn Bhd melangkah setapak ke hadapan dengan memenuhi HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point), sistem keselamatan makanan antarabangsa.


Visi, Misi, Matlamat dan Objektif kami Adalah untuk Menjadi yang Terbaik Antara yang Terbaik dalam Industri Makanan Tempatan Malaysia di Peringkat Antarabangsa

 
content-bg
promotion-banner
slogan1
Powered by findbulous.net